Selamat Datang...

Visi dan Misi

VISI

Meneraju Transformasi Generasi Bestari Melalui Teknologi Pendidikan.

MISI

Pembangunan Kapasiti Dan Peningkatan Kualiti Pengurusan Instruksional Menerusi Pembudayaan Inovasi Teknologi Pendidikan.

MOTO

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari.
____________________________________________

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PKG

PKG adalah pemangkin untuk merangsang pembangunan profesionalisme guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknopen dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan Pusat Sumber Pendidikan Negara. Pusat Kegiatan Guru juga dijadikan pusat perkembangan profesional untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

MATLAMAT
  • Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen.
  • Sebagai pusat penghasilan bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dibina secara kreatif dan inovatif.
  • Pengumpulan dan penyebaran maklumat pendidikan terkini kepada guru-guru dan masyarakat setempat.
  • Mewujudkan situasi perkongsian bagi meningkatkan idea, pengetahuan dan kepakaran dikalangan guru-guru dalam penggunaan teknopen.
  • Membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah.
OBJEKTIF
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen.
  • Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesyen pendidikan, khususnya dalam teknopen ke   sekolah-sekolah
  • Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah.
  • Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
  • Meningkatkan pengetahuan guru-guru dalam teknologi maklumat.